Sunday 23 June 2013

Kebaikan Buah Blueberry liar / Wild Blueberry


Wild Blueberry atau Blueberry liar amat terkenal dengan buah yang tinggi dengan Antioksidan. Mengikut  ORAC (Kapasiti Menyerap Radikal Oksigen), Blueberry liar mempunyai dua kali ganda kapasiti antioksidan daripada blueberry yang ditanam, dimana ia mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membantu melindungi diri kita daripada penyakit seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan Alzheimer. 

Bukan itu sahaja, Ia juga amat baik untuk penjagaan mata dan mencegah masaalah selaput mata serta mampu mengawal kolestrol dalam badan kita.

Ini bermakna Blueberry Liar mempunyai lebih daripada apa yang diperlukan untuk memerangi penyakit dan anti penuaan.

Semasa menulis Blog ini, admin ada merujuk kepada beberapa laman sesawang tetapi ada dua laman sesawang ini yang admin amat tertarik dengan apa yang mereka cuba sampaikan tentang segala kebaikan yang ada :-
http://www.wildblueberries.com/
http://www.extension.org/pages/29490/health-benefits-of-blueberries-how-blueberries-affect-the-human-body





Rasa Blueberry liar yang segar ini agak masam-masam manis serta harganya juga agak mahal, kita di Malaysia ini mungkin tidak mampu megambilnya sebagai makanan tambahan kita setiap hari. Biasanya kita hanya memakan Blueberry yang telah diolah menjadi jem dan sebagainya.

So.. susah la nak cantik dan sihat macam nie? 

Pakar-pakar saintis kita telah berjaya dengan terciptanya Optiberry yang menggabungkan 6 jenis buah-buahan Berry ini dalam hanya satu tablet hebat dengan harga yang sangat berpatutan. Ia sangat Hebat, bukan sahaja kerana harganya dan juga gabungan 6 buah2an Berry dalam 1 tablet, tetapi tahukah anda, 1 tablet Optiberry bersamaan 1kg buah2an Berry.. Wow!!! Ia Hebat bukan???

Jadi tidak apa yang perlu anda fikirkan lagi.. Mulakan hidup yang sihat dengan Optiberry! Hebat ^_^




“We’ve always known that fruits and berries, such as Wild Blueberries are good for you and now the science is mounting to prove it.”

Susan Davis, MS, RD – Wild Blueberry Nutrition Advisor









Untuk Maklumat Lanjut / Pertanyaan / Tempahan ,
Call/ SMS/ Whatsapp : -
012-3383107 / 03-61893744




Wednesday 19 June 2013

Apa itu ORAC?

Kalau kita rajin membaca artikel2 tentang kesihatan, terutamanya yang membincangkan tentang antioksidan dalam buah-buahan dan sayur-sayuran pasti kita sering terjumpa dengan perkataan ORAC nie... 

Sebenarnya pada mula nya pun I sendiri pun tak tahu apa benda alah ORAC nie sampai la seorang kawan I explain semalam , sebelum2 ni memang ada terbaca/dengar tapi tak ada masa pulak nak research apa benda ORAC nie... hehehehe tu yang manusia mudah tertipu tu...  hahahaha malas sangat nak buat research... Kikikikiki

So hari nie.. macam biasa I mulakan research untuk dikongsi bersama ^_^

So... Jom... I terangkan apa itu ORAC ^_^

O - Oxygen
R - Radical
A - Absorption/Absorbance / Antioxidant 
C - Capacity

ORAC ialah Oxygen radical absorption capacity atau dalam bahasa melayunya bermaksud penyerapan radikal oksigen. ORAC bertujuan mengukur potensi untuk memusnahkan Radikal Bebas daripada Makanan yang tertentu seperti contoh2 berikut :-

Berdasarkan 100 gram (kira-kira 3 auns)

Buah-buahan
Buah Goji 25,300
Raspberi hitam 7,700
Prun 5,770
Bilberries 4,460
Delima 3,307
Raisins 2,830
Blueberry 2,400
Raspberi merah 2,400
Hitam 2,026
Strawberi 1,540

Sayur-sayuran
Bawang putih 1,939
Bayam 1,770
Skuasy kuning 1,150
Brussels pucuk 980
Pucuk alfalfa 930
Bayam kukus 909
Brokoli 880
Beets 840
Alpukat 782
Merah loceng lada 710

Lain-lain
Dark coklat 13,120
Coklat susu 6,740

Wahhhhh tengok tue.... Coklat? Tak ada apa lagi yang perlu dikatakan lagi.. Ia Hebat!!!

Buah Goji juga sungguh hebat... Beri merah jambu-merah berasal dari Tibet dan China adalah tinggi dalam besi, protein, serat, vitamin C, vitamin E, dan banyak lain-lain nutrien. Ia boleh dimakan segar atau kering dan juga digunakan dalam memasak, bijirin dan smoothie. 

Begitu juga dengan buah2an Berry... walaupun nilai ORACnya tidaklah setinggi Buah Goji, dengan hasil gabungan mereka, ia menjadi lebih hebat dan kebaikannya berganda daripada yang asal. Hasilnya telah terbukti dan diyakini dengan terhasilnya 'Optiberry' yang diiktiraf oleh pakar2 kesihatan dan juga university2 terkemuka dunia.





Walaupun mempunyai nilai-nilai yang berguna, ia masih tidak lengkap. Skor ORAC sebenarnya mengukur hanya satu jenis aktiviti antioksida - 'reactive oxygen species' atau ROS yang berfungsi dalam petak yang berasaskan air dalam badan. Bersama-sama dengan lain-lain yang larut air antioksidan, terdapat larut lemak antioksidan juga. Sebagai contoh, keluarga karotenoid antioksidan termasuk beta-karotena, lycopene, luctein, canthaxanthin, dan zeaxanthin, tetapi bahan-bahan larut lemak tidak diukur dalam ujian ORAC. Di samping itu, ukuran ORAC dilakukan di dalam tabung uji yang sangat berbeza dari kompleks, sentiasa berubah biokimia badan hidup. Walaupun ORAC mempunyai kelemahan, ia masih alat yang berguna.

Berdasarkan apa yang anda makan setiap hari, apa yang skor ORAC anda?

Beberapa pakar telah mencadangkan bahawa rakyat perlu mengambil kira-kira 5,000 unit ORAC dalam sehari untuk manfaat kesihatan yang maksimum.

Bayangkanlah berapa banyak buah2 lain yang anda perlu makan untuk mencapai ORAC yang dicadangkan oleh pakar2 kesihatan? Jom ambik calculator dan mula mengira....  ^_^

Anda tak perlu risau.... dengan pegambilan Optiberry yang mengandungi gabungan 6 jenis buah2an Berry yang tinggi antioksida dan kaya dengan khasiat serta kebaikkannya ini anda akan mencapai ORAC yang dicadangkan oleh pakar malah lebih daripada itu.



Jika anda lihat disini, satu tablet sahaja sudah bersamaan dengan 1kg buahan2 berry dengan harga serendah RM1.87 sahaja untuk 1 Tablet. Sangat2 Hebat!


Optiberry kaya dengan Antosianin (Warna Purple / Unggu) yang mampu melawan radikal bebas.



Apa yang paling penting ia HALAL ^_^


Untuk Maklumat Lanjut / Pertanyaan / Tempahan ,
Call/ SMS/ Whatsapp : -
012-3383107 / 03-61893744





Tuesday 18 June 2013

Khasiat & Kebaikan Buah Strawberry .

Siapa kat sini yang suka strawberry? Nyummm Nyummm...  Rasa masam2 manis dia tue... sedapnyer.... Kalau kat Malaysia ni, Cameron Highland la tempat paling popular dengan Strawberry nyer.... Bukan buah strawberry segar jer, bantal, pinggan, sudu, semua lah dalam bentuk buah strawberry ada kat sana... Yang paling best semuanya rasa dan nampak freshhh jer kat sana ^_^ 


Tapi selera masing2 tu tak sama kan? Ramai jugak yang tak suka dengan buah nie... Tapi apa yang perlu korang tahu, buah strawberry ni sangat2 banyak khasiatnya dan mampu mencegah  penyakit2 tertentu.



Jom kita tengok apa yang hebat sangat dengan buah Strawberry ni.. 



Antara kandungan yang terdapat dalam buah Strawberry...





  • Kaya dengan Vitamin C
    Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah strawberi lebih banyak berbanding 1 buah jeruk orange. Buah strawberi memberikan 94 miligram vitamin C atau 1.5 keperluan vitamin C harian. 

    Sepertimana yang anda tahu... banyak manfaat yang kita boleh dapat daripada Vitamin C nie.. antaranya ia mampu menjaga kesihatan gigi dan gusi terutamanya untuk kanak2, membantu penyembuhan luka dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan serta menjadi antioksidan yang membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  • Kaya dengan Antioksidan
    Dalam sebuah kajian, buah strawberry menduduki peringkat tertinggi kandungan antioksidan. Antioksidan merupakan sebatian yang boleh melindungi sel-sel daripada kerosakan oleh bahan-bahan penimbul kanser. Antioksidan bekerja dengan mencegah atau mengganggu proses yang dapat mengarah pada pembentukan sel-sel kanser. Selain itu, antioksidan di dalam strawberry memberikan perlindungan pada hati, dan antiinflamasi.

    Dalam suatu percubaan terhadap ekstrak strawberi oleh Jabatan of Agirculture AS, ekstrak tersebut menunjukkan daya hambat yang besar terhadap pertumbuhan sel kanser serviks mahupun sel kanser payudara. Beberapa kajian juga menunjukkan, asam ellagik yang ada dalam strawberi boleh menghalang kanser paru-paru, kerongkong, payudara, kulit, dan kanser hati yang disebabkan oleh pencernaan bahan-bahan kimia. Dalam percubaan dengan sel kanser payudara, asam ellagik boleh menghalang pertumbuhannya hingga 45 peratus. Kuercetin yang ada dalam strawberi juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan kanser payudara.

    Buah Strawberry juga mengandungi sebatian-sebatian fitokimia yakni asam ellagik, kuersetin, kaempferol, asam fenolat dan antosianin yang diketahui dapat mencegah penggumpalan darah yang menjadi salah satu penyebab serangan jantung atau stroke.

    Kandungan gizi buah strawberry segar dalam 160 gram mengandung: tenaga 50 kalori, protein 1 gram, karbohidrat 11,65 gram, serat 3,81 gram, kalsium 23, 24 mg, magnesium 16,60 mg, fosfor 31,54 mg, potasium 44 , 82 mg, selenium 1,16 mg, vitamin C 94,12 mg, Folat 29,38 mg, Vitamin A 44,82 IU

  • Rendah Kalori
    Lapan biji buah Strawberry atau 1 gelas strawberry hanya mengandungi 50 kalori dan tidak mengandungi kolesterol atau asam lemak jenuh. Jumlah yang sama juga memberikan 30 mikrogram (ug), asam folat. Jumlah ini setara dengan 75% keperluan asam folat harian untuk ibu hamil, yakni 400 ug. Asam folat ini penting untuk mengelakkan kurang upaya tabung saraf pada janin. Disamping itu, 1 gelas strawberry juga mengandungi sekitar 270 miligram potassium, dimana potassium merupakan salah satu mineral yang disyorkan ada dalam menu makanan bagi orang yang ingin menurunkan tekanan darah. Jumlah yang sama juga megandung sekitar 4 gram serat, yang boleh membantu menurunkan kadar lemak kolesterol darah dan menyihatkan saluran pencernaan.


Ok... dah tahu tentang kandungannya yang hebat kan?
Hebat.. kalau tak cukup hebat lagi, Jom kita baca tentang khasiatnya pulak.... 

Ini diantara khasiat2 buah Strawberry nie..... :-

  • Mencegah Kanser
    Kandungan vitamin A, C, E dan Asam ellagic berfungsi melumpuhkan sel kanser dalam tubuh termasuk Leukimia.

    Selain itu Strawberry  mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini akan melindungi tubuh dari serangan kanser. Kandungan antioksidan dalam Strawberry ini tetap tinggi walaupun telah diolah menjadi bentuk lain, seperti jus dan sebagainya. 

    Selain itu, sebatian asid ellagik dan kuersetin yang ada dalam Strawberry juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat, kanser payudara, kanser kulit, dan kanser hati.
  • Mencantikkan kulit dan Anti Penuaan.
    Buah strawberry mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Gunakan strawberry ini sebagai lulur mandi dengan mencampurkan strawberry yang telah hancurkan dengan susu dan minyak zaitun. Selain menjadi lebih halus, kulit pun akan tampak lebih cerah.

    Kandungan asam salisiat di dalam strawberry pula mampu mengubati dan menghindari kulit daripada jerawat.

    Dengan adanya zat anti oksidan yang dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan boleh dicegah.
  • Mencegah kerosakkan Fungsi Otak
    Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, tetapi juga mengancam keadaan fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut boleh dicegah.
  • Mencegah Sakit Jantung.
    Strawberry tinggi dengan serat, folat, vitamin C dan anti oksidan. Oleh kerana itu ia cukup berkesan mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung.

    Memutihkan Gigi
  • Asam malat yang terkandung dalam Strawberry bertindak sebagai bahan yang akan mengikis dan menghilangkan beberapa noda pada permukaan gigi. Dengan mengunyah strawberry setiap hari dapat membantu untuk menyihatkan mulut, seperti: memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, dan membuat nafas menjadi lebih segar.
  • Dapat mencegah terjadinya Radang dan Alergi
    Strawberry merupakan buah-buahan yang mengandungi gula yang rendah sehingga sesuai untuk diet penghidap diabetes, melawan radang sendi.
  • Mengawal Tekanan Darh TinggiStrawberry mengandungi potasium dan zat besi yang sangat efektif untuk tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang dan stabil.
  • Membantu pesakit Arthritis dan mencegahnya.
    Dalam kes ini otot akan menjadi lemah, lebih kecil dan kering. Racun yang kemudian lebih mudah tersebar dan memenuhi ruangan pada otot. Dengan mengambil Strawberry secara teratur, unsur anti oksidan yang terkandung di dalamnya akan menekan bahaya penyempitan otot tersebut. Racun yang ada di dalam otot kemudian ditendang keluar dan perlahan-lahan otot kembali dapat bernafas dengan lega.
  • Kesihatan mata
    Usia dan nutrisi yang diambil oleh tubuh badan akan mempengaruhi kondisi kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan ini dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan akan dapat dicegah dan kesihatan mata akan terjamin.



* So macam mana? Yang mana tak suka buah strawberry tu rugi la... kena la belajar2 makan... tahan skit rasa masam2 dia tu eak...  Khasiatnya sangat2 la banyak untuk kesihatan kita.

* Kalau dah dengan strawberry pun macam2 khasiatnya, macam mana pula dengan gabungan buahan2 berry dalam 1 tablet? Confirm2 la lagi hebat kan? Tahukah anda, 1 tablet Optiberry bersamaan dengan 1Kilo buah2an Berry. Hebat kan? Bagi yang x suka makan buah strawberry pun boleh ambil optiberry ni... Dijamin Hebat ^_^


Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan/ tempahan : 
012-3383107





Monday 17 June 2013

Rahsia Makanan dalam Islam.

Roti (khubz)









  • Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila emakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)



  • Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)



  • Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn) 










  • Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)  













  • Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)


 

  • Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

 



  • Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)









  • Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)















  • Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj) 



  • Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah 









  • Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)  











  • Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda) 










  • Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)









  • Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)










  • Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau










  • Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')








  • Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)

  • Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)









  • Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)



  • Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)



  • Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

 
  • Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)



  • Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas).

Buah Ara fig (fin) 










  • Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)










  • Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum) 










  • Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)









  • Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)













  • Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)

  • Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)



  • Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."
  • Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)










  • Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)









  • Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm) 








  • Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
  • Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...