Monday 17 June 2013

Jom Jogging!!!






Jogging? Alahai... malasnyer.... Nak kena bangun pagi2.... weekend la waktu nak rehat dan tidur lama skit kan... ni dah nak kena bangun awal2 plak... Kalau jogging hari2 biasa pulak, besoknya nak pergi kerja pulak.. mesti letih kan? Lagi satu kalau jogging jer confirm lepas tu kejang2 urat... kan kan kan?

Macam2 alasan yang kita bagikan? Kalau suh g Ikea, pusing2 dalam tu berapa kali pun x apa... Tak ada rasa letih pun.. kenapa? Yer la.. memang la tak lari kan... lagi pun kat sana best.. macam2 ada... hehehehe betul tak?

Sama la dengan I jugak.. dulu, macam2 alasan I bagi... Hahahahahaha Tapi tu dulu... dulu... Lepas jer tahu macam2 kebaikkan daripada melakukan senaman terutamanya jogging nie.. terus semangat membara nak jogging tau... ^_^

Senaman memang amat penting dalam kehidupan seharian kita, tapi kebanyakkan daripada kita mengambil langkah sambil lewa sahaja. Boleh dikatakan kebanyakkan wanita melayu hanya akan jogging masa dah rasa berat badan dah bertambah... masa tu la baru semangat nak g jogging... tapi jarang la semangat tu bertahan lama... betul tak? Kalau lelaki ada jugak pergi Futsal, Badminton dan sebagainnya. Masa dan anak2 bukanlah alasan untuk kita tidak keluar berjogging. Ia boleh dijadikan aktiviti riadah yang sihat bersama keluarga tercinta anda.

Ok lah, I cerita skit tentang kebaikkan jogging ni yer...


  • Jogging adalah senaman kardiovaskular yang sangat baik untuk otot kita. Rutin melakukan senaman ini mampu memberikan keadaan fizikal yang lebih baik secara keseluruhan.
  • Membantu dalam masaalah mental seperti memberikan ketenangan dan pengurangan kebimbangan. Berjalan boleh mengatasi kemurungan, kerana semua bentuk senaman boleh membantu orang ramai menghadapi kemurungan. Ia meningkatkan keupayaan untuk bekerja dan menjalani kehidupan yang aktif.
  • Berjogging merupakan aktiviti yang sangat berkesan untuk membakar lebih banyak kalori dan lemak yang terkumpul didalam tubuh badan kita dan secara tidak langsung ia mampu untuk mengurangkan berat badan.
  • Membantu mengurangkan lemak perut yang degil. Tapi, nama pun Lemak Degil kan... memang agak degil la jugak untuk ilang daripada perut yang membuncit tu. Kena rajin la skit.
  • Meningkatkan selera makan anda. Haaa.. dah jogging2 kan letih, dah selera makan bertambah la pulak... hahahahaha Macam mana nak kurus nie... Haaaa.. bukan suh main tala makan jer... biasa la, lagi banyak tenaga yang kita gunakan, lebih banyak makanan yang kita perlukan untuk mendapatkan tenaga tu balik... so makan lah dengan bijak ok!
  • Menguatkan otot dan tulang kaki, pinggul dan belakang.
  • Memberikan tidur lebih yang lebih baik. Jika anda bersenam dengan baik, tidur datang lebih mudah.
  • Mengurangkan risiko Selsema. Penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Mike Gleeson dari Universiti Loughborough dan dibentangkan kepada Persatuan Sains Pendidikan (ASE) Persidangan pada Januari 2011 mendapati bahawa senamrobik lembut, seperti berjoging, membantu untuk menangkis selesema dan selesema sehingga 33%. Walau bagaimanapun, berjalan jauh dan latihan untuk maraton akan membuat anda kira-kira 6 kali lebih berkemungkinan untuk mengambil virus. 
  • Menguatkan Hati dan Jantung
  • Mengurangkan penuaan
  • Mencegah Kanser! Teori ini adalah berdasarkan kajian saintifik terhadap metabolisme sel-sel kanser. Semasa proses metabolik dalam sel-sel sihat, gula darah sedang dibakar. Komponen Crusial untuk proses pembakaran itu ialah oksigen. Oksigen sampai ke seluruh badan kita melalui paru-paru dan kemudian dihantar ke semua ke sel-sel badan kita dengan aliran darah. Otak dan otot kita sentiasa memerlukan oksigen dan darah. Jika mana-mana 60 berbilion-bilion sel-sel badan kita kekurangan oksigen, ia mula bermutasi. Jadi salah satu cara terbaik untuk menghalang proses mutasi itu dan beri banyak oksigen kepada badan kita semasa berjoging dan ia juga akan menjadi lebih kuat dan mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk bergerak aliran darah di dalam badan kita. Ini bermakna bahawa jantung kita mula bekerja dengan lebih berkesan dan dengan jumlah yang lebih besar daripada darah yang dipam melalui organ kita dan lebih banyak oksigen akan dihantar ke sel-sel badan kita. Jadi risiko kanser akan berkurangan.

So apa lagi... Jom la kita Jogging... Tapi sebelum tu, apa yang perlu dilakukan sebelum memulakan senaman/ Jogging nie?


  • Pastikan anda dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal.
  • Makan dulu sekurang2nya sejam sebelum.. pastikan perut anda tak kosong... tapi jangan dah nak jogging baru nak makan..  Muntah nanti....
  • Lakukan aktiviti regangan otot sekurang2nya 3-4minit sebelum dan selepas jogging... lebih2 lagi bagi mereka yang dah lama tak jogging tu... kang kalau x buat regangan dulu, nanti otot2 kita akan terkejut.. almaklumlah, dah lama dia dok rehat jer... tiba2 tuan dia nak jogging plak.. tu yang lepas tu akan ada masaalah kekejangan otot... perghhh sakit sangat! Korang mesti dah belajar kan macam mana nak buat regangan otot nie? Kat sekolah rendah g dah belajar dah.. hehehehe 
  • Rancang tempoh masa untuk anda berjogging. Jangan terlalu memaksa diri anda jika anda tidak mampu melakukannya. Cukuplah sekadar 10minit untuk mereka yang dah bertahun2 tidak melakukan apa jua jenis senaman.. tingkatkannya dari masa ke semasa sehingga anda merasa selesa dengannya...
  • Pastikan anda memakai pakaian senaman yang bersesuaian... jangan nak gi Jogging pakai bikini pulak eak.. ish.. ish... ish....

Wahhhh.. tak sabar nak pergi jogging ni... I lebih suka jogging kat taman2 tasik daripada kat dalam gimnasium sebab kalau kat taman tasik ni segar jer.. fresh jer rasa... peluh pun happy jer nak keluar. Sambil2 jogging, sambil2 tu kita dapat hirup udara yang segar dan persekitaran yang menenangkan. Betul tak? Hilang semua tekanan yang ada ^_^

Oh'ya... apa jua perkara yang kita lakukan pasti ada kebaikkan dan keburukkanya kan?
Jogging pun sama juga... sebagai contoh, denyutan jantung yang terlalu banyak ketika berjogging boleh merosakkan hati dan jantung. Pertukaran horman yang dikeluarkan juga boleh menjejaskan kehidupan seks anda. 

Apa yang boleh I tekannya kat sini, apa jua perkara yang kita lakukan jangan la over2 sangat.. buat mengikut kemampuan diri dan minta lah nasihat pakar.

Admin nak suggest page ni sebagai rujukan korang tentang jogging nie :-

Beberapa lokasi menarik untuk jogging anda :-

- Taman Tasik Titiwangsa
- Taman Tasik Perdana
- Taman KLCC
- Taman Tasik Sri Gombak
- Taman Metropolitan Kepong
- Taman Metropolitan Batu
- Taman Tasik Permaisuri

Dan... banyakkkkkkkk lagi... ^_^ Hehehehehe Korang boleh search jer kat google tue kalau nak rasa tukar2 angin kan... yer la kadang2 bosan gak asyik jogging tempat yang sama jer.. heheheehehe

So... selamat berjogging dan jalani hidup yang aktif dan sihat ^_^







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...